Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendapatan Apple melebihi jangkaan penganalisis

    SAN FRANCISCO, 1 NOV – Apple melaporkan pendapatan kelmarin yang melepasi jangkaan penganalisis, menyebabkan saham lebih rendah dalam dagangan selepas waktu kerja walaupun syarikat itu menikmati rangsangan daripada jualan iPhone.

    Gergasi teknologi itu menyaksikan pendapatan suku tahunan sebanyak AS$94.9 bilion dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada 28 September, meningkat daripada tempoh yang sama tahun lepas, dalam laporan yang dipantau rapi ketika pelabur berusaha untuk menjangka permintaan bagi iPhone terbaharunya.

    Bagaimanapun, hasil pendapatan di China, menunjukkan kelemahan – di mana ia menurun sedikit daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya kepada AS$15 bilion.

    Amerika Suyarikat (AS) kekal sebagai pasaran terbesar Apple dengan pendapatan AS$41.7 bilion, manakala Eropah menunjukkan pertumbuhan kukuh pada AS$24.9 bilion.

    Secara keseluruhan, Apple hampir tidak melebihi unjuran penganalisis, manakala empat gergasi teknologi lain yang menerbitkan minggu ini mudah melepasi bar yang ditetapkan oleh pasaran.

    Ini menyebabkan saham Apple, syarikat dagangan paling bernilai di dunia, turun dua peratus dalam dagangan lanjutan selepas keputusan disiarkan.

    Keputusan suku itu terjejas dengan ketara oleh keputusan Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) berhubung hal ehwal cukai syarikat di Eropah.

    Ini menyebabkan kelewatan pembayaran caj cukai sebanyak AS$10.2 bilion, mewakili AS$15.8 bilion yang perlu dibayar kepada Ireland, sebahagiannya diimbangi oleh kredit cukai AS.

    Jualan iPhone Apple mencapai AS$46.2 bilion, berbanding jangkaan AS$45.2 bilion untuk produk utama syarikat itu. – AFP

    Gambar menunjukkan logo Apple di kedai Apple di jalan Champs-Elysee di Paris, pada 18 Mac. – AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda