Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pendapatan Bundesliga merosot

    BERLIN, 1 APRIL – Ketua baharu Bundesliga pada hari ini mendedahkan penurunan jumlah pendapatan lebih daripada $1 bilion euro untuk dua musim yang terjejas akibat pandemik COVID.

    Menurut angka yang dikeluarkan oleh Liga Bola sepak Jerman (DFL), pendapatan merosot daripada 4.8 bilion euro kepada 4.05 bilion euro bilion untuk musim 2020/2021 dalam dua liga teratas Jerman.

    “COVID telah memberi kesan kepada ekonomi yang drastik ke atas Bundesliga sejak dua tahun lalu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif baharu liga Jerman, Donata Hopten.

    “Secara keseluruhannya, kemerosotan dalam hasil tersebut berikutan dua musim pertama yang terjejas oleh koronavirus pada tahun 2019-2020 dan 2020-2021, adalah melebihi 1 bilion euro,” katanya.

    Perolehan pendapatan Bundesliga susut lebih 750 juta euro iaitu hampir 16 peratus berbanding rekod terbesar liga musim 2018-2019.

    Menurut Laporan Ekonomi DFL 2022, hasil perlawanan sahaja terutamanya dalam hasil jualan tiket telah menurun sekitar 95 peratus daripada 650 juta euro pada musim sebelumnya kepada 35.5 juta euro.

    Tidak semua padang Bundesliga telah kembali kepada kapasiti penuh, dua tahun selepas permulaan pandemik tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...