Pendapatan flydubai merosot

DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 4 MAC – Penerbangan tambang murah Dubai, Flydubai hari ini berkata ia telah mengalami kerugian besar akibat operasi pesawat Boeing Max 737 digantung di seluruh dunia selepas ia mengumumkan pendapatan tahun lalu menurun kepada AS$1.6 bilion.

Syarikat penerbangan itu berjaya meraih keuntungan sebanyak hampir $54 juta, tetapi syarikat itu berkata ia mampu melakukannya kerana kos operasi yang lebih rendah – akibat penurunan harga minyak pesawat.

Flydubai milik negara itu berkata strategi pertumbuhannya sangat terjejas selepas pesawat Max yang bermasalah, yang terlibat dalam dua kemalangan yang mengorbankan 346 orang. Operasi pesawat-pesawat itu digantung di seluruh dunia, sekali gus memberi kesan kepada pelanggan seperti flydubai, yang mempunyai 11 pesawat dan lebih daripada 220 pesanan.

Sistem kawalan penerbangan automatik pada pesawat Max memainkan peranan dalam isu kemalangan yang berlaku terhadap pesawat itu. Boeing telah menyelesaikan beberapa tuntutan undang-undang yang difailkan oleh keluarga penumpang yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif flydubai, Ghaith Al-Ghaith berkata syarikat penerbangan tersebut telah membuat kesepakatan penyelesaian interimnya sendiri dengan Boeing untuk pampasan tertentu sebagai pengganti dasar pesawat, namun berkata butiran perjanjian itu adalah rahsia.

“Perjanjian ini telah menyumbang kepada keputusan tahun ini, tetapi ia tidak dapat menampung kerugian peluang perniagaan atau penguasaan pasaran yang dialami oleh syarikat penerbangan itu,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa perbincangan akan terus diadakan.

Flydubai mencatatkan hasil sebanyak AS$1.7 bilion pada tahun 2018, tetapi berakhir pada tahun ini dengan kerugian sebanyak AS$43.5 juta. Tahun lepas, flydubai meraih pendapatan AS$1.5 bilion dan menghasilkan keuntungan hanya AS$10 juta.

Flydubai berkata keupayaannya untuk melancarkan laluan baharu dan menambah kekerapan penerbangan akan turut terjejas. – AFP

Gambar fail pada 15 November 2009 menunjukkan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum ketika melawat FlyDubai di Pameran Udara di Dubai. Flydubai berkata ia telah mengalami kerugian besar selepas operasi pesawat Boeing Max 737 digantung di seluruh dunia. – AP