Pendapatan Huawei meningkat 18 peratus

SHENZHEN, 25 FEB – Gergasi teknologi China, Huawei menyaksikan hasil pendapatannya mencecah 850 bilion yuan (kira-kira AS$121 bilion) dalam 2019, meningkat 18 peratus dari tahun-ketahun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Pengguna Huawei, Yu Chengdong.

Perniagaan pengguna Huawei menunjukkan prestasi kukuh, dengan pelbagai produk terminal menyaksikan pertumbuhan pesat. Penghantaran telefon pintarnya pula melebihi 240 juta tahun lalu, dalam ranking kedua pasaran global.

Komputer peribadi dan perniagaan audio wayarles turut menyaksikan pertumbuhan pesat lebih 200 peratus.

Pada Januari tahun ini, penghantaran telefon pintar 5G Huawei sudah melebihi 10 juta. – Xinhua

Gambar fail salah satu telefon pintar 5G Huawei, Huawei Mate Xs yang dipertunjukkan kepada media semasa pelancarannya di London minggu lalu. Syarikat itu kelmarin mencatatkan peningkatan 18 peratus dalam pendapatan. – AFP