Pendapatan Huawei meningkat 24.4 peratus

SHANGHAI, 16 OKT – Syarikat gergasi teknologi China Huawei berkata hari ini pendapatannya untuk sembilan bulan pertama tahun ini meningkat 24.4 peratus meskipun kempen Amerika Syarikat (AS) untuk memulaukan syarikat itu di seluruh dunia.

Pendapatan Huawei melonjak kepada 610.8 bilion yuan dan margin keuntungannya bertumbuh 8.7 peratus, umum syarikat.

Firma itu telah menerima tekanan pada tahun ini tatkala Washington melobi sekutu di seluruh dunia supaya mengelak peralatan telekom syarikat disebabkan kebimbangan keselamatan, dan pada Mei menyenarai hitamnya daripada pasaran AS dan membeli komponen AS.

Amerika Syarikat telah meluahkan kebimbangan bahawa peralatan Huawei mungkin mengandungi kelemahan keselamatan yang membenarkan China mengintip lalu lintas komunikasi global. – AFP