Pendapatan Uber Eats meningkat 53 peratus

SAN FRANCISCO, 8 MEI – Uber berkata kelmarin mereka mengalami kerugian besar suku pertama kerana pandemik menjadikannya sukar untuk berkongsi kenderaan, tetapi ia menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan pertumbuhan selera makan bagi perkhidmatan menghantar makanan, Eats, telah membantu mengharungi krisis ini.

Syarikat yang berpangkalan di San Francisco berkata tempahan pergongsian kenderaan telah meningkat sebanyak lapan peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini meskipun perintah berkurung yang telah dilaksanakan pada minggu terakhir suku tahun ini.

Data dari bulan April menunjukkan impak besar daripada penularan COVID-19 tetapi beberapa petunjuk mengenai pemulihan di beberapa pasaran, kata ketua eksekutif, Dara Khosrowshahi.

“Saya tidak akan berselindung – COVID-19 mempunyai impak dramatik ke atas syarikat dengan perniagaan semakin menurun di seluruh dunia sekitar 80 peratus pada bulan April. Tetapi terdapat beberapa permintaan yang mendorong kepada optimisme yang terkawal,” katanya kepada penganalisis.

Khosrowshahi berkata Uber meramal ‘minggu keempat berturut-turut akan berkembang’ dengan tempahan sehingga 12 peratus minggu lalu.

Uber melaporkan pertumbuhan pendapatan 53 peratus dalam perkhidmatan menghantar makanan Eats, ketika ramai orang membuat pesanan makanan untuk mengelak koronavirus. – AFP

Komen dari CEO telah mencetus peningkatan perdagangan, saham Uber melonjak kira-kira enam peratus.

Uber melaporkan pertumbuhan pendapatan 53 peratus dalam perkhidmatan menghantar makanan Eats, ketika ramai orang membuat pesanan makanan untuk mengelak koronavirus. Pendapatan Eats meningkat kepada AS$819 juta, kira-kira satu per tiga dari jumlah pendapatan suku tahun Uber.

“Terdapat peningkatan yang ketara dalam pendaftaran restoran,” kata Khosrowshahi.

“Kami percaya trend akan kekal berterusan.”

Dengan rangkaian aplikasi untuk mendapatkan pemandu, Uber sedang merancang untuk memperluaskan perniagaan dalam penghantaran barang dapur, perubatan, kedai runcit dan lebih banyak pelaburan minimum, tambah Khosrowshahi.

Kerugian bersih bernilai AS$2.9 bilion pada suku tahun hampir menyamai tiga kali ganda tahap awal tahun lalu dan jumlah aset yang besar – di mana syarikat memerlukan untuk mengira kerugian mengikut peraturan perakaunan.

Tempahan tahunan meningkat lapan peratus dari tahun sebelumnya kepada AS$15.7 bilion, dengan pendapatan syarikat meningkat 14 peratus kepada AS$3.5 bilion. – AFP