SIBU, 24 Sept – Orang ramai yang membanjiri Dataran Bandar Sibu Fasa 1 untuk menyaksikan acara terjun Sibu BASE Jump 2017 gempar apabila seorang penerjun tersasar dari kawasan pendaratan ketika melakukan terjunan tengah hari tadi.
Ben Gingold, 25, dari United Kingdom itu mendarat di atas bumbung laluan pejalan kaki berhampiran Wisma Sanyan setinggi 126 meter yang menjadi platform bagi acara terjun itu.
Mangsa yang mengalami luka di tangan kanan diturunkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam sambil dibantu penerjun yang lain.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)