Pendatang ‘terperap’ dalam kapal

ROM, 7 JULAI – Sebuah kapal menyelamat kelmarin membawa 41 pendatang kapal karam ke pelabuhan di Lampedusa, bot kedua yang menentang cadangan Menteri Dalam Negeri Matteo Salvini untuk menutup pelabuhan Itali kepada mereka.

Walau bagaimanapun, pelabuhan tersebut telah dikawal oleh kehadiran polis, di mana mereka tidak dibenarkan turun selepas menghabiskan masa selama dua hari di kapal penyelamat berkenaan.

“Saya tidak membenarkan apa-apa pendaratan bagi mereka yang tidak peduli terhadap undang-undang Itali dan membantu penyeludup orang,” kongsi timbalan perdana menteri Salvini dalam tweetnya.

Salvini bulan lalu mengeluarkan perintah yang membawa denda sehingga 50,000 euro (AS$57,000) untuk kapten, pemilik dan operator kapal yang memasuki perairan wilayah Itali tanpa kebenaran.

Selepas kapal tersebut mencapai pelabuhan itu baru-baru ini, dia berkata bahawa dia akan menaikkan denda maksimum sehingga satu juta euro. Mediterranean dalam tweetnya menyeru agar pendatang yang diselamatkan dibenarkan untuk mendarat. – AFP

Gambar yang diambil dari video yang dikeluarkan oleh Pasukan Tempatan pada 6 Julai lalu menunjukkan sebuah kapal menyelamat menuju ke arah pulau Lampedusa, di Laut Mediterranean. – AFP