Pendedahan pendidikan seiring kemodenan teknologi

MIDRAND – Hari itu merupakan Hari Rabu di kawasan perkampungan Afrika Selatan yang penuh padat dengan penduduk Ivory Park di pinggir Midrand, kira-kira 60 kanak-kanak berusia 11 tahun berkumpul untuk bertarung di kelab pengekodan tempatan di kawasan itu. Bersedia dengan papan kayu pengekodan asas, kit inventor, komputer riba dan pelbagai imaginasi yang hebat, enam pasukan sekolah rendah turut bersaing antara satu dengan yang lain.

Kanak-kanak yang ikut serta dalam kelab pengekodan ini menggunakan papan elektronik untuk membuat litar dan prototaip sementara untuk merangka penyelesaian terhadap masalah yang telah dikenal pasti dalam komuniti mereka. “Kami membuat mesin inkubator bagi membantu kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan pramatang dan juga untuk mereka yang sakit,” kata Sifiso Ngobeni, seorang murid di Sekolah Rendah Mikateka, di luar Johannesburg kepada media AFP.

Pesaing terdekat, Sekolah Rendah Sedilaka cuba menangani masalah kanak-kanak yang hilang. “Dalam berita, kita akan sering mendengar tentang kanak-kanak yang hilang, jadi kami cuba untuk membuat peranti penjejak kanak-kanak yang boleh dimasukkan ke dalam pakaian dan juga permainan,” kata salah seorang kanak-kanak di sekolah tersebut.

Pengekodan merupakan arahan yang dibaca oleh robot atau program komputer dan kemudian arahan itu akan dilaksanakannya. Di dalam kelab pengekodan itu, para pelajar akan belajar untuk merekodkan kod untuk merealisasikannya. Walaupun akses ke sekolah semakin meningkat di Afrika Selatan sejak berakhirnya isu aparteid, tetapi sistem pendidikan di negara masih kurang berkesan untuk mendidik pelajar-pelajar mereka.

“Hakikatnya kita masih mempunyai sekitar 80 peratus guru yang masih menggunakan kapur dan papan tulis pada hari ini malah usia juga merupakan satu punca yang serius untuk diperhatikan,” kata aktivis pendidikan, Hendrick Makaneta. “Agak pelik jika dilihat kelas pembelajaran dijalankan pada tahun 2018 namun amalan pembelajaran seperti menghadiri kelas pada tahun 1918,” tambahnya.

Di dalam kelab pengekodan itu, para pelajar akan belajar untuk merekodkan kod untuk merealisasikannya. – AFP
Murid-murid akan didedahkan terhadap proses ini supaya mereka dapat membesar bersama teknologi. – AFP
Pengekodan perlu lebih relevan dengan kehidupan sehari-hari bagi membolehkan anak-anak muda belajar. – AFP

Beberapa kajian termasuk trend dalam Kajian Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS), mendedahkan bahawa sistem pendidikan awam Afrika Selatan berada di kedudukan paling bawah jika dibandingkan dengan seluruh dunia, terutama dalam bidang subjek Matematik dan Sains. Subjek-subjek demikian merupakan bidang kemahiran utama dan kelab-kelab pengekodan dengan cepat cuba untuk mewujudkan keupayaan untuk diri mereka sendiri.

Permainan yang menyeronokkan

Pada bulan September lalu, kementerian pendidikan negara itu berkata bahawa mereka mungkin akan ketinggalan jauh dari kelab pengekodan itu di mana ianya semakin terkenal di tempat-tempat lain di Afrika, termasuk Kenya dan juga Botswana. Di Afrika Selatan, kelab-kelab ini telah menganjurkan beberapa aktiviti yang diselenggarakan oleh badan bukan berasaskan keuntungan secara percuma, seperti ‘ORT SA’, ‘CodeJIKA’ dan ‘We Think Code’.

“Niat kami itu memang ada dan sekolah kami memang terbuka ke arah itu malah sesetengah daripada kami sudah memilikinya (latihan pengekodan asas) sebagai sebahagian daripada kurikulum formal mereka di sekolah-sekolah teknikal,” kata jurucakap kementerian pendidikan, Elijah Mhlanga.

“Murid-murid akan didedahkan terhadap proses ini supaya mereka dapat membesar bersama teknologi. Ternyata mereka benar-benar menyedari bahawa ilmu itu sangat diperlukan oleh mereka,” tambahnya. Dianggarkan sekitar 50 peratus belia muda masih menganggur dan kelab pengekodan turut meningkatkan peluang pencarian pekerjaan.

“Kelab ini mengajar pelajar asas-asas pengekodan dan pengaturcaraan. Kami melakukan pengekodan asas menggunakan papan kayu dan ketika mereka pergi ke sekolah menengah, kami memperkenalkan mereka pelbagai program yang lebih kompleks,” kata Chamu Mawire, fasilitator pengkodan di ORT SA, kepada media AFP.

Akan tetapi pengekodan perlu lebih relevan dengan kehidupan sehari-hari bagi membolehkan anak-anak muda belajar. “Kami mahu mereka mengenal pasti apakah masalah yang terjadi di kawasan mereka atau di sekolah mereka serta membuat projek untuk mencuba dan menyelesaikan masalah itu ,” katanya. Walaupun kebanyakan murid Ivory Park sudah terbiasa dengan menggunakan telefon pintar, TV dan Internet, algoritma pengekodan dan pemahaman merupakan salah satu lagi cabaran yang lain.

Laporan yang dibuat oleh McKinsey pada tahun 2018 menekankan bahawa 45 peratus daripada semua latihan boleh diautomatikkan dengan teknologi sekarang ini. Bermanfaat dalam aspek kehidupan yang tidak terhitung jumlahnya iaitu dari Sains ke Kejuruteraan serta perkhidmatan kewangan kepada undang-undang atau seni, semua memerlukan pengekodan. Bagi Mawire, dia membayangkan pelajarnya masuk ke dalam dunia pembangunan perisian, penyelenggaraan perisian atau aspek teknikal untuk menetapkan alat dan robot masa depan.

Bagi belia-belia perempuan di Afrika Selatan dan khususnya di kawasan perbandaran, sangat terdedah kepada beberapa pengecualian, buta huruf dan masih bergantung kepada lelaki.

“Sebaik sahaja anda mempunyai anak yang yakin, terutama seorang gadis, anak itu boleh berdiri sendiri,” katanya. “Kanak-kanak perlu bergerak dengan dinamik pendidikan dan pengaturcaraan adalah cara untuk terus ke hadapan,” tambahnya. – AFP