Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendedahan terhadap cabaran jelajahi Ice Age Trail

    ANTARA lokasi pengembaraan popular yang sememangnya diketahui umum adalah Appalachian Trail iaitu laluan kembara pendakian berkeluasan 3,507 kilometer meliputi dari kawasan Georgia ke Maine dan Pacific Crest Trail iaitu kembara laluan seluas 4,265 kilometer yang meliputi kawasan dari California ke Kanada.

    Namun hakikatnya, ramai yang tidak mengetahui mengenai kewujudan Ice Age Trail di Wisconsin yeng memiliki kawasan seluas 1,770 kilometer.

    Justeru, Melanie Radzicki McManus, 55 mencipta rekod baru bagi pengembara wanita yang berjaya menyempurnakan laluan Ice Age Trail dalam tempoh 34 hari pada tahun 2015 berbanding 36 hari pada tahun 2013 itu cuba untuk mendedahkan pengalaman berharga beliau di dalam sebuah buku berjudul Thousand-Miller.

    Buku yang diterbitkan di Wisconsin itu mendokumentasikan cabaran yang dihadapi oleh beliau dan rakan-rakan yang ikut serta mengembara bersamanya dalam melakukan aksi pendakian di Ice Age Trail.

    Antara cabaran-cabaran yang telah dihadapi oleh mereka di Ice Age Trail adalah merangkumi tersesat daripada laluan sebenar, kulit melepuh, tercedera, serangan daripada binatang buas seperti beruang dan serigala, namun menyempurnakan laluan tersebut jelas menjadi satu pengalaman yang sangat berharga bagi mereka.

    Melanie Radzicki McManus mencipta rekod baru bagi pengembara wanita yang berjaya menyempurnakan laluan Ice Age Trail dalam tempoh 34 hari. - AP
    Melanie Radzicki McManus mencipta rekod baru bagi pengembara wanita yang berjaya menyempurnakan laluan Ice Age Trail dalam tempoh 34 hari. – AP
    Antara cabaran yang dilalui oleh McManus ketika menjelajahi Ice Age Trail adalah menyeberang jambatan licin.
    Antara cabaran yang dilalui oleh McManus ketika menjelajahi Ice Age Trail adalah menyeberang jambatan licin.

    “Tidak kira sama ada anda berasal daripada Wisconsin atau tidak, sekiranya anda melakukan aksi kembara yang sangat mencabar setentunya pelbagai cabaran yang anda hadapi bukan hanya setakat faktor sekeliling tetapi juga hidupan liar lain termasuk binatang buas,” jelas McManus dalam satu temubual.

    Satu pengalaman yang cukup berharga adalah ketika melakukan aksi menuruni bukit di mana ia menjanjikan satu panorama indah iaitu kawasan bertingkat dan dipenuhi dengan rumput yang menghijau dengan subur seolah-olah permaidani yang dibentangkan.

    “Selepas itu, kumpulan kembara juga berhenti seketika untuk melihat timbunan batu yang ditinggalkan oleh pengembara terdahulu di mana ia secara tidak langsung memperkuatkan semangat kami untuk meneruskan pengembaraan,” jelas McManus.

    Kembara Ice Age Trail adalah meliputi kawasan landskap yang dipenuhi dengan kayu, bukit dan tanah lembap yang terjadi daripada pergeseran ais sejak 12,000 tahun lalu.

    Laluan tersebut adalah meliputi kawasan St Croix Falls menuju ke arah bahagian utara Wisconsin di mana ia juga turut melalui Taman Negara Potawatomi di Teluk Sturgeon.

    McManus memilih untuk melalui kembara di laluan pendakian yang dikenali juga sebagai laluan kembara bersama bantuan di mana beliau juga akan dijemput dan dihantar oleh seseorang pada kawasan khas yang boleh dilalui oleh kereta.

    Justeru dalam kembara ini beliau tidak perlu untuk membawa banyak barangan malah beliau juga tidak perlu untuk membawa sebarang peralatan untuk berkhemah.

    Bagaimanapun beliau tetap mengakui bahawa kembara yang dilaluinya jelas cukup mencabar kerana beberapa bahagian kawasan dalam kembara itu berada dalam keadaan yang tidak sempurna.

    Pengembara menggunakan jalan raya untuk menghubungkan setiap laluan kerana sistem GPS jelas kurang berfungsi dengan baik. Maka peta dan kompas jelas menjadi peralatan yang diperlukan sebagai panduan kepada para pengembara.

    McManus juga menjelaskan bahawa beliau juga adakalanya berasa keliru terhadap hubungan perjalanan malah terpaksa berundur semula untuk mendapatkan jejak laluan yang sebenar dan itu adalah antara kesukaran yang dihadapi oleh mereka.

    Kembara Ice Age Trail menjanjikan panorama hijau yang sangat menakjubkan. - AP
    Kembara Ice Age Trail menjanjikan panorama hijau yang sangat menakjubkan. – AP

    Selain itu, McManus juga menjelaskan bahawa beliau terpaksa meningkatkan tahap kesabaran diri tatkala berhadapan dengan jangkitan bakteria kulit yang dikenali sebagi selulitis yang berkembang di bahagian kakinya.

    “Setiap kali saya merasa sakit di bahagian kaki, saya masih memilih untuk tetap berjalan dan hanya berfikir untuk terus maju ke hadapan,” jelas McManus.

    Kembara pendakian jarak jauh menjadi semakin popular sejak tahun 1970an. Kira-kira seramai 10 orang memulakan aktiviti kembara pendakian di Appalachian Trail pada tahun 1970 dan 1,000 pengembara telah dilaporkan berjaya untuk menjelajahnya. Hingga kini, sekitar 17,500 pengembara dipercayai telah berjaya menjelajahi kembara Appalachian Trail.

    Berbeza pula dengan Ice Age Trail yang sehingga kini hanya 150 pengembara yang dilaporkan berjaya menjelajahinya dan kembara pertama yang dilaporkan adalah pada tahun 1979 iaitu setahun sebelum ia ditakrifkan sebagai Laluan Kembara Kebangsaan Terindah.

    McManus menjelaskan bahawa walaupun Appalachian dan Pacific Crest Trail adalah laluan kembara terpanjang dan mencabar di Amerika Syarikat namun para pengembara juga tidak wajar untuk memandang rendah terhadap cabaran yang bakal dihadapi di Ice Age Trail.

    Malah, beliau turut mencadangkan bahawa pengembara yang berhasrat untuk menjelajah Ice Age Trail harus terlebih dahulu membiasakan diri di kawasan seperti Pantai Point, Chippewa Morraine dan Kettle Moraine.

    “Saya berharap lebih ramai individu yang teruja dan bersemangat untuk menerokai dan menjelajah Ice Age Trail sendiri kerana sejujurnya ia adalah merupakan satu pengalaman yang sangat menakjubkan jelas,” McManus di hujung temu ramah. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda