Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pendedahan urutan tradisional

    Oleh Nurdiyanah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Dalam usaha bagi mendedahkan kembali serta mengembang luaskan pengetahuan mengenai urutan tradisional Brunei kepada orang awam, Syarikat Katik dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan bengkel urut tradisional selama enam hari, baru-baru ini.

    Bengkel yang telah disertai oleh 22 orang belia terdiri daripada 10 orang lelaki dan 12 orang perempuan itu telah berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan yang telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Pembangunan Belia, Dayang Fauziah binti Mohd Salleh.

    Semasa berucap melalui siaran langsung, Pengasas Syarikat Katik, Mejar (B) Wan Farhan Wan Ibrahim menyatakan bahawa bengkel sedemikian perlu diteruskan demi mengekalkan kebudayaan dan tradisi orang Brunei yang dilihat semakin pupus terutama dalam rawatan selepas bersalin dan urutan tradisional Brunei.

    Beliau juga menyatakan bahawa dengan adanya bengkel itu, ia dihasratkan mampu menjana sumber pendapatan kepada golongan belia terutama yang masih dan sedang mencari pekerjaan.

    Acara diteruskan dengan tayangan klip video mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Majlis juga diserikan dengan pameran herba serta tumbuhan asli yang digunakan dalam rawatan selepas bersalin.

    Salah seorang peserta menerima sijil selepas menamatkan bengkel urut tradisional baru-baru ini. – Gambar serahan Paez Piluk
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...