Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pendekatan baharu tumpu pembangunan keusahawanan

    PENAMPANG, 9 DIS – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan menggariskan beberapa pendekatan baharu termasuk memberi tumpuan lebih besar dalam aspek pembangunan keusahawanan di Sabah dan Sarawak.

    Beliau berkata langkah itu sebagai usaha menjayakan misi Kerajaan Perpaduan bertepatan dengan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin fokus diberikan kepada kedua-dua negeri berkenaan.

    “Saya ingin menggariskan beberapa pendekatan baharu untuk kementerian tanpa mengurangkan fokus sedia ada.

    “Saya juga akan memberi fokus tambahan lebih banyak di kawasan Penampang dan Kadamaian dalam aspek perusahaan berasaskan digital ekonomi, agropelancongan serta isu berkaitan penjaja di tamu,” kata Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata fokus memperkasa ekonomi digital di Penampang dilihat akan dapat membantu merealisasikan antara manifesto beliau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu untuk menjadikan Penampang sebagai daerah perusahaan berasaskan ekonomi digital. – Bernama

    Datuk Ewon Benedick diumumkan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...