Pendera bebas tuduhan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Seorang lelaki dibebaskan daripada pertuduhan mendera budak lelaki berusia di bawah 16 tahun oleh Mahkamah Perantaraan, kelmarin.

Keputusan membebaskan Haji Mohd Yusrin bin Haji Halimi, 38, dibuat oleh Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar selepas mendengar sendiri pengakuan mangsa yang ingin menggugurkan kes.

Haji Mohd Yusrin sebelum ini didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencubit bahagian badan mangsa yang di bawah jagaannya dan berulang kali mencabut bulu hidung mangsa menggunakan playar. Kejadian didakwa berlaku sekitar Januari dan November 2016.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hafizah binti Ahmad manakala tertuduh diwakili Peguam Haji Daud Ismail.