Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Penderaan kanak-kanak di Jepun catat peningkatan

    TOKYO, 3 FEB – Kes penderaan kanak-kanak di Jepun mencatat rekod tertinggi dengan 2,170 kes dilaporkan pada 2021 akibat pandemik COVID-19, lapor Sputnik.

    Menurut laporan agensi berita Jepun Kyodo pada Khamis, memetik kenyataan Agensi Polis Nasional (NPA), angka itu mencatatkan peningkatan 1.7 peratus berbanding 2020.

    Bilangan kanak-kanak di bawah 18 tahun ditempatkan di pusat perlindungan, disyaki didera juga meningkat sebanyak 1 peratus pada 2021 dan mencapai paras tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 108,050 kes, dengan angka melebihi 100,000 kes direkodkan buat dua tahun berturut-turut.

    Polis Jepun merekodkan 80,299 kes berkaitan penderaan emosi, 19,185 penderaan fizikal, 8,270 pengabaian dan 296 penderaan seksual pada 2021.

    “Pandemik COVID-19 dikhuatiri mengurangkan peluang mengawasi kanak-kanak, bagaimanapun kami akan terus memantau maklumat yang mendedahkan kes penderaan,” seorang pegawai NPA dipetik sebagai berkata.

    Menurut laporan itu, peningkatan kes penderaan kanak-kanak di Jepun berpunca daripada sekatan COVID-19 yang ketat dan perintah duduk di rumah, membataskan pekerja kebajikan mengenal pasti dan mencegah kemungkinan perlakuan jenayah terhadap kanak-kanak bawah umur. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...