Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

Penderma darah diperlukan segera

-

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Pusat Pendermaan Darah pada masa ini sedang berhadapan kekurangan bekalan darah dan memerlukan penderma-penderma bagi semua kumpulan darah dengan segera.

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan menyeru agar orang ramai tampil untuk menderma darah di Pusat Promosi Kesihatan yang beroperasi pada setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula 8 pagi hingga 1:30 petang. Slot-slot pendermaan darah bolehlah ditempah melalui aplikasi BloodKad, tambah kenyataan.

Penderma darah juga boleh mengunjungi Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Belait dan Tabung Darah Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM), Temburong untuk menderma darah. Kenyataan menjelaskan, Pusat Pendermaan, Tabung Darah Hospital SSB beroperasi setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari 8 pagi hingga 3:30 petang, manakala itu, Pusat Pendermaan Darah, Tabung Darah Hospital PIHM pula beroperasi dari 9 pagi hingga 10:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan menderma darah dan bagi mengadakan kempen derma darah, sila hubungi pusat pendermaan darah di talian atau WhatsApp 7375745 atau e-mel ke bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook @bloodbank.ripas.

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -