Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pendidik piano abdikan diri untuk mengajar kanak-kanak

    CHINA – Pendidik piano, Ye Lin telah mendedikasikan dirinya untuk membangun-kan kaedah pengajaran yang membolehkan kanak-kanak memperoleh kemahiran bermain piano dan teori muzik dengan lebih berkesan.

    Dilahirkan di Hangzhou, wilayah Zhejiang, pada tahun 1983, Ye mula belajar piano pada usia 3 tahun.

    Dia belajar dari Ding Lanren, presiden Persatuan Piano Hangzhou, dan Chen Yanxin dari Konservatori Muzik Shanghai.

    Dia kemudian belajar pedagogi piano daripada profesor Zhou Wei dari Konservatori Muzik Shanghai dan menumpukan dirinya untuk membangunkan satu set pedagogi piano yang ditujukan kepada kanak-kanak.

    “Saya berharap dapat membawa kaedah pengajaran piano yang lebih maju kepada setiap kanak-kanak yang berminat dalam piano.

    “Ia agar semua kanak-kanak boleh menerima pendidikan yang lebih baik dan muzik piano boleh menjadi bahasa yang menghubungkan dunia.” – ANN/The China Daily

    Ye lin menunjukkan cara menekan kekunci piano yang betul kepada salah seorang kanak-kanak semasa kelas, baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...