Monday, November 28, 2022
23.9 C
Brunei

-

Pendidikan cemerlang generasi gemilang

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Bagi membantu membina sahsiah dan keyakinan diri pelajar ke arah generasi cemerlang dan terbilang, Bahagian Kokurikulum, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Program Hayya Ilal Arabiah di Sekolah Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohd Rosli bin Haji Ibrahim yang juga menyempurnakan perasmian serta pelancaran program. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para peserta program.

Program yang dilaksanakan secara bergilir ke semua sekolah Arab itu bertujuan untuk menyuntik, mendidik, mengasuh dan memupuk minat pelajar-pelajar bertutur dalam Bahasa Arab dan meningkatkan keupayaan pertuturan mudah dalam Bahasa Arab.

Ia merupakan kesinambungan usaha JPI untuk memperkasa kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab bagi para pelajar sekolah-sekolah Arab.

Antara pengisian program termasuk pertandingan Masterchef, Pameran Pondok Kebudayaan dan Bazar Souq Ar-Rayhan. Turut hadir ialah para jemputan khas dan pegawai-pegawai dari KHEU.

Haji Mohd Rosli menyaksikan pertandingan Masterchef yang disertai oleh penuntut sekolah dan guru.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -