Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pendidikan sains sosial dan kemasyarakatan tetap relevan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Para pendidik diseru supaya memberi kefahaman kepada anak-anak didik dan masyarakat untuk mengenali benar-benar perbezaan antara pendidikan Barat dan Islam kerana dengan cara ini diharap akan dapat mengekalkan kesedaran dan keberhajatan ummah kepada pendidikan Islam.

    Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned membuat seruan itu semasa menyampaikan ucapan bagi merasmikan Seminar Antarabangsa Pendidikan dan Sains Sosial 2022 anjuran bersama Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan dan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) yang berlangsung di Dewan Tarbiah, KUPU SB, kelmarin.

    Menurut Yang Berhormat Pehin, seminar kali pertama yang bertemakan ‘Pendidikan Sains Sosial dan Kemasyarakatan Pemangkin Kesejahteraan Ummah’ itu boleh disifatkan sebagai penting dan relevan dalam memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat terhadap dimensi gugusan sains kemasyarakatan merangkumi aspek sejarah, peradaban dan ketamadunan, sosiologi, antropologi, ekologi, linguistik, pendidikan dan lain-lain.

    Seminar itu, tambahnya, juga penting sebagai wadah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan gugusan sains kemasyarakatan dan kepentingannya dalam aspek keguruan Islam.

    Penekanan kepada Islamisasi ilmu dalam bidang sains kemasyarakatan berasaskan Maqasid Syariah, menurutnya adalah lebih pentung untuk menangani isu kemasyarakatan global dan setempat, selaras dengan tradisi perkembangan ilmu dalam tamadun Islam.

    Pada majlis itu, Yang Berhormat Pehin juga menyempurnakan pelancaran Nadi Al-Qawi Al-Amin, Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan, KUPU SB.

    Pengerusi bersama seminar, Dr Ahmad Yunus bin Kasim dalam ucapan alu-aluannya berkata, antara objektif seminar adalah untuk memperkasakan peranan bidang pendidikan sains sosial dan kemasyarakatan dalam menyediakan modal insan dalam era Revolusi Industri 4.0.

    Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran yang relevan iaitu dengan berkongsi maklumat profesional dan saintifik sains sosial dan pendidikan semasa yang berhubung kait dengan isu dan cabaran masa kini berteraskan ajaran Islam.

    Seminar juga diharapkan menjadi platform lebih bersistematik dengan agensi-agensi berkaitan pendidikan.

    Antara pembentangan kertas utama dan forum khas sains sosial pada seminar yang berlangsung di Dewan Tarbiah, KUPU SB, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...