Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pendidikan teknikal lahir pelajar berkemahiran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Penubuhan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal pasca menengah yang berkanun adalah kesinambungan daripada gagasan dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang ingin melihat anak bangsa untuk maju dalam pelbagai bidang ilmu teknikal dan kemahiran vokasional.

    “Sehingga kini, kita berasa berbangga kerana semenjak 50 tahun lalu, graduan-gra-duan yang telah dihasilkan oleh pendidikan teknikal Brunei sejak ia bermula telah diterima untuk berkhidmat dan diiktiraf kemahiran mereka di pelbagai sektor sama ada kerajaan mahu pun swasta.”

    Penerangan itu dibuat oleh Pengarah Pendidikan Teknik, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Jubli Emas Pendidikan Teknikal Brunei yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), hari ini.

    Beliau menambah bahawa pengiktirafan yang telah diterima oleh pendidikan teknikal Brunei lebih daripada lima dekad membuktikan pada usia sebegini, kita sudah mampu maju dan mendahului dari segenap aspek.

    Sepanjang 50 tahun penubuhan pendidikan teknikal di Brunei, tambahnya, kita telah banyak melakar dan menempa nama sama ada di dalam negara atau peringkat antarabangsa.

    “Ini termasuklah sistem pendidikan teknikal yang sekarang diterajui oleh IBTE telah diiktiraf sebagai penyedia akses kepada program TVET yang berkualiti dan sebagai wadah melahirkan pelajar holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan, selaras dengan keperluan tenaga kerja di negara ini,” ujarnya.

    Dr Haji Mohd Zamri berkata bahawa kejayaan yang membanggakan itu, mesti dikekalkan supaya dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemahiran, berkebolehan, holistik, berdaya saing dan berciri usahawan pada masa akan datang menerusi pendidikan dan latihan berpandukan keperluan pihak industri.

    Dr Haji Mohd Zamri semasa menyampaikan kata alu-aluannya pada majlis yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...