Pendrith raih tiga pukulan pendahulu PGA Bermuda

MIAMI, 31 OKT – Pemain Kanada, Taylor Pendrith melakukan empat pukulan birdie berturut-turut untuk mencatat enam bawah par 65, meraih tiga pukulan dihadapan selepas pusingan ketiga Kejohanan PGA Bermuda AS, kelmarin.

Pemain berusia 30 tahun yang baru berkahwin dari pinggir bandar Toronto, kurang mengadakan latihan sebelum acara bermula, mencatat 17 bawah par 196 selepas 54 lubang di Padang Golf Port Royal di Southampton.

Danny Lee dari New Zealand berada di tempat kedua pada 199 selepas 65 dan pemain Australia, Lucas Herbert menyamai pusingan PGA rendah kerjayanya dari Jumaat lalu dengan 65 untuk menduduki tempat ketiga di 200.

Pendrith, yang bermain dengan berada di ranking 61 pada Jumaat lalu yang memberikannya kelebihan satu pukulan, tersungkur awal dengan pukulan bogey di lubang kelima tetapi membalas dengan empat pukulan birdie berturut-turut bermula pada par-5 dalam lubang ketujuh.

Pendrith, yang menduduki tempat ke-239 dunia, sedang mengejar gelaran PGA pertamanya. Dia berjaya menamatkan PGA terbaiknya di tempat ke-11 pada Julai di Kejohanan Barbasol.

Dia menjangkakan cabaran saingan dengan keadaan angin dan hujan pada pusingan akhir hari ini, yang dipindahkan lebih awal untuk mencuba dan menamatkan sebelum ribut terburuk. – AFP

Aksi pemain golf Kanada membuat pukulan pada lubang ke-18 sewaktu pusingan ketiga Kejohanan Butterfield Bermuda di Padang Golf Port Royal kelmarin. – AFP