Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk AS berkabung

    LAS VEGAS, 4 Okt – Amerika semalam berdukacita di atas kematian para mangsa dalam kejadian penembakan beramai-ramai dalam sejarah terkini AS ketika para penyiasat menyiasat motif di sebalik serangan ‘sia-sia’ ke atas pengunjung konsert Las Vegas.

    Presiden Donald Trump menyelar penyerang itu ‘lelaki gila’– yang menghapuskan orang ramai dengan senjata api dari bilik hotel tingkat 32, yang mengorbankan 59 orang dan kira-kira 527 orang cedera. Sementara itu, mangsa-mangsa serangan mula dikenal pasti di media, setiap cerita baru mengundang emosi ketika Amerika sekali lagi bergelut dengan gesaan bagi reformasi undang-undang kawalan terbuka senjata api. Trump belum bersedia untuk memberi jawapan.

    “Apa yang telah berlaku di Las Vegas dalam banyak cara adalah keajaiban,” ujarnya. “Jabatan Polis telah melaksanakan tugas yang hebat dan kami sedang bercakap tentang undang-undang senjata setiap masa berlalu.” – AFP

    Orang ramai semasa menandatangani sebuah poster di sebuah kawasan peringatan sementara bagi mengingati mangsa penembakan pada 3 Oktober 2017 di Las Vegas, Nevada. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda