Penduduk Australia adakan tunjuk perasaan bantah pencemaran

SYDNEY, 11 DIS – Lebih 20,000 penunjuk perasaan berarak di bandar Sydney pada hari ini untuk menggesa kerajaan Australia mengambil tindakan tentang pencemaran udara, yang berasal dari asap kebakaran hutan yang melanda negara tersebut mengakibatkan masalah kesihatan meningkat.

Jerebu berpanjangan selama berminggu-minggu di bandar Sydney dan sudah merebak di luar bandar Sydney, mengakibatkan kenaikan 25 peratus peningkatan bilangan pesakit pada minggu lepas, menurut catatan pihak hospital.

Kelmarin, alat penggera asap berbunyi di seluruh bandar ini, dengan jerebu yang tebal menyebabkan bangunan-bangunan terpaksa dikosongkan, penutupan sekolah serta perkhidmatan feri.

Kebakaran yang dahsyat tersebut telah mengakibatkan perubahan iklim, para saintis berkata api tersebut berlaku lebih awal dan terlalu kuat daripada biasa disebabkan oleh pemanasan global dan kemarau berpanjangan.

Pihak polis menganggarkan lebih 15,000 orang yang mengikuti perarakan tersebut, manakala pihak penganjur pula menganggarkan lebih dari 20,000 orang yang datang untuk perarakan tersebut.

Ramai penunjuk perasaan menyuarakan kemarahan kerana kerajaan berdiam diri dalam menghadapi krisis ini. – AFP

Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perhimpunan protes iklim di Sydney pada 11 Disember. – AFP