BEIJING – Penduduk Beijing bimbang untuk bernafas dalam keadaan berjerebu di ibu negara itu dan perlu menyesuaikan diri, mencipta dan malah mewujudkan perniagaan yang melindungi kesihatan keluarga mereka dan orang lain. Sebahagian daripada usaha mereka boleh membantu orang ramai di seluruh dunia.
Pada tahun ini, bandar itu masih mengalami serangan jerebu yang merbahaya terutamanya pencemaran yang disebabkan oleh pembakaran arang batu dan pelepasan asap daripada kenderaan. Seperti bandar-bandar lain di China, Beijing cuba untuk menangani masalah ini. Pihak berkuasa bandar berkata, mereka akan membelanjakan AS$2.7 bilion tahun ini bagi membantu menggantikan arang batu kepada gas asli, berhampiran kilang-kilang yang banyak mengeluarkan pencemaran dan melarang kenderaan-kenderaan lama untuk berada di jalan raya.
Angka rasmi menunjukkan peningkatan sejak tahun 2013, tetapi Beijing masih jauh untuk kearah itu. Tanpa adanya pembaikan yang segera, ramai penduduk membangunkan penyelesaian separa mereka sendiri. Berikut adalah beberapa langkah yang di ambil oleh mereka:
Mengambil gambar langit
Sejak empat tahun lalu, Zou Yi, 50 telah mengambil gambar warna perubahan langit dengan bersugguh dari tingkap pangsapuri beliau di pusat bandar Beijing, di mana dia boleh – biasanya – melihat mercu tanda menara Televisyen Beijing itu. Suasana dalam gambar itu menunjukkan keadaan cuaca yang buruk dari warna coklat sehingga kelabu pekat, berselang dari sehari atau beberapa hari ia kemudian berubah ke warna biru. Pada hari-hari yang paling teruk, bangunan berdekatan tidak dapat dilihat.
Dalam tempoh 10 hari pencemaran yang teruk, ia telah memberi ilham buat projek beliau. Kerajaan baru sahaja memulakan data penerbitan pada peringkat PM2.5 – zarah kecil yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru – dan larangan perbincangan media terhadap topik-topik yang sensitif baru sahaja ditarik balik.
“Saya tidak boleh keluar, saya tidak boleh membuka tingkap, saya tidak dapat melihat bangunan bersebelahan dengan saya kerana jerubu tersebut begitu buruk,” katanya.
Zou mengongsikan gambar-gambar beliau pada laman sosial seperti Twitter iaitu Sina Weibo dan aplikasi mesej telefon pintar WeChat. Beliau mendapati kawan-kawannya mempunyai perasaan kekecewaan dan merekrut pengurus bangunan itu untuk mengambil gambar-gambar tersebut ketika beliau keluar dari bandar.
“Mereka mahu saya meng-ongsikan gambar-gambar itu kepada mereka setiap hari, jadi saya lakukannya setiap hari, malahan setiap bulan,” kata Zou Yi. Beratus-ratus ribu orang telah melihat gambar yang di ambil beliau di media sosial.
Apa yang bermula sebagai satu cara untuk membuat aduan telah berubah kepada minat beliau sepenuh masa. Pada bulan ini, Zou Yi telah menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan iaitu BeijingAirNow dengan kerjasama ahli-ahli sains teknologi dalam membaca tahap pencemaran dari seluruh dunia dengan menganalisis warna dalam imej dengan menggunakan peralatan pemantauan yang mahal untuk mengumpul zarah udara. Katanya, beliau menyerahkan lebih daripada 300,000 gambar untuk dianalisis menggunakan komputer.
Pembersih udara rumah
Wang Jiang, 42, dan keluarganya mempunyai lapan pembersih udara di rumah, namun mendapati kualiti udara dalaman masih tidak cukup baik pada hari-hari pencemaran yang teruk. Kemudian mereka memutuskan untuk menggandakan lagi usaha mereka.
Tetapi tingkap, pintu dan pembersih rumah yang dihidupkan akan menyebabkan tahap karbon dioksida meningkat tinggi, mengakibatkan Wang berasa kurang sihat selepas bangun dari tidur semasa beliau hamil dengan anak keduanya.
Jadi sekarang mereka telah memasang sistem penapisan gred industri bernilai AS $5,000 yang menghirup udara di luar, dibersihkan melalui tiga penapis dan diedarkan di sekeliling kawasan rumah melalui paip yang baru dipasang. Mereka mengisi ruang udara dari sistem pusat pemanasan bangunan mereka dan memasangnya sendiri.
Walaupun sesetengah daripada mereka mungkin mendapati bahawa ianya melampau, namun ia adalah satu penyelesaian yang semakin popular. Pengeluar alat penapisan, Yuanda, berkata pelanggan-pelanggan mereka terdiri daripada Jawatankuasa Parti Pusat Komunis yang memerintah sehinggalah rumah-rumah dan kira-kira 1,000 tadika dan sekolah.
Seorang wakil pemasaran, yang hanya memberikan nama keluarga beliau, Hu berkata, sistem penulenan mereka sering kehabisan stok. “Jika anda memesan dalam satu hari ini, ia tidak akan dapat dipasang sehingga Mac,” kata Hu.
Sekarang Wang, pengimport kopi, boleh bersenam di atas treadmill di ruang tamu beliau apabila pencemaran berkeadaan teruk tanpa perlu bimbang tentang kesihatannya.
Suaminya, Perancis Ludovic Bodin, 38, berkata beliau berpendapat setiap rumah perlu mempunyai sistem penapisan udara. “Sekurang-kurangnya jika anda tidak boleh merasa selamat di luar rumah kerana ia mengambil masa, sekurang-kurangnya cuba untuk merasa selamat di dalam rumah,” katanya.
Seorang lelaki berbangsa Perancis dan juga penduduk tetap di Beijing, Yann Boquillod merasa ingin tahu apakah jenis udara yang dihirup oleh kelima-lima anaknya di rumah, jadi beliau membangunkan sebuah monitor kualiti udara mudah alih.
Ia juga memberitahu pengguna tahap karbon dioksida yang tinggi dari bilik yang ditutup rapat, dan menasihati supaya mereka agar membuka tingkap untuk 10 minit walaupun terdapat adanya pencemaran di luar.
Hasil inovasi permulaan Boquillod iaitu AirVisual, juga menyediakan bacaan pencemaran udara di seluruh dunia dengan menggunakan data daripada lebih 10,000 sumber pemantauan yang melibatkan sektor awam dan swasta. Syarikat itu berkongsi peta dunia berbentuk 3D terhadap pencemaran udara dan corak cuaca pada laman webnya.
Di laman webnya baru-baru ini, dengan mudah merekodkan pencemaran tahap tidak sihat iaitu PM2.5 yang telah meliputi sebahagian besar timur China, dari Beijing di utara ke Kunming di selatan.
Boquillod, 39, melihat ini sebagai satu alat pendidikan dan kaedah perlindungan diri. Beliau juga berunding dengan sekolah, hospital dan pejabat untuk menguji kualiti udara dan mencari jurang dalam bingkai pintu dan tingkap yang membolehkan udara pencemaran masuk kedalam.
“Perkara yang paling penting adalah untuk memulakan langkah pertama dengan memantau kualiti udara dan dari sini kita boleh mengambil keputusan yang tepat dalam jenis pembersih udara untuk dipasang (dan) mengetahui tentang kebocoran di dalam bangunan,” katanya.
Pelajar bertopeng muka
Kanak-kanak semuda tiga tahun di Sekolah Ivy Bilingual mengetahui bahawa mereka perlu memakai topeng muka apabila menghadapi keadaan jerebu yang teruk. Sekolah ini juga menjemput pembuat topeng muka untuk datang kesana dan memotong topeng secara terbuka untuk menunjukkan cara pembuatan topeng muka yang baik untuk kesihatan.
Kanak-kanak itu juga boleh mengajarkan kepada ibu bapa mereka tentang bagaimana pemakaian topeng secara betul dan sesuai buat mnereka, kata Pengarah Kampus Victoria Li.
Pemantau tahap pencemaran sekolah dan guru-guru yang telah diarahkan agar memastikan tingkap ditutup 15 minit sebelum kelas-kelas di sekolah bermula untuk memberi masa pembersih udara untuk berfungsi. Ia juga meletakkan papan tanda hijau atau merah yang menunjukkan sama ada kanak-kanak boleh keluar dan bermain.
Sesetengah sekolah antarabangsa di Beijing telah memasang kubah sukan untuk olahraga, lengkap dengan penapis udara dan pintu berputar agar udara yang tercemar tidak dapat masuk semasa melakukan aktiviti. – AP