Penduduk berebut lari daripada Taliban

KABUL, 25 OGOS – Penduduk Afghanistan hari ini berebut-rebut hendak lari daripada cengkaman Taliban selepas Presiden Joe Biden mengesahkan pemindahan diketuai Amerika Syarikat akan berakhir minggu depan.

Lebih 80,000 penduduk telah dipindahkan sejak 14 Ogos namun sebilangan besar masih lagi berada di luar lapangan terbang Kabul dalam harapan untuk melarikan diri daripada ancaman tindakan balas dan penindasan di Afghanistan yang diperintah Kabul.

Biden berkata kelmarin yang AS akan kekal dengan tempoh tarikh 31 Ogos untuk sepenuhnya mengundurkan tenteranya meskipun amaran daripada sekutu-sekutu Eropah lain mengenai sebilangan warga Afghanistan yang tidak akan dapat berupaya meninggalkan tempat itu.

“Lebih cepat kita selesai…lebih baik…setiap hari operasi membawa risiko kepada tentera kami,” kata Biden kelmarin.

“Kami pada masa ini dalam fasa untuk mengakhirinya pada 31 Ogos.”

Washington dan sekutu-sekutunya telah menerbangkan keluar ribuan penduduk Afghanistan setiap hari menggunakan pengangkutan tentera, namun ia menjadi semakin sukar dan tugas yang sangat genting.

Hari ini, Canselor Jerman, Angela Merkel berkata komuniti antarabangsa harus mengekalkan dialog bersama Taliban jika ia adalah untuk melindungi sebarang perkembangan yang dibuat semasa 20 tahun yang lalu.

“Matlamat kita perlu dipulihara sebanyak mungkin, apa yang kita telah capai,” katanya. – AFP

Penduduk Afghanistan berjalan di dalam koridor berpagar ketika mereka memasuki Pakistan di sempadan penyeberangan Chaman pada 25 Ogos. – AFP