Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Penduduk bertelingkah mengenai peraturan COVID

    BEIJING, 8 NOV – Polis di timur laut China berkata tujuh orang ditahan berikutan pertelingkahan antara penduduk dan pihak berkuasa yang mengenakan sekatan kuarantin COVID yang ketat.

    Keganasan berlaku ketika China melaporkan kes baharu di seluruh negara, dengan 2,230 kes dilaporkan hari ini di hab perkilangan dan teknologi di bahagian selatan Guangzhou.

    Meskipun jumlah kes jangkitan berada di tahap yang rendah, China tetap berkeras melaksanakan dasar ‘sifar COVID’ dengan kuarantin, perintah berkurung dan ujian setiap hari atau hampir setiap hari.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan polis di bandar Linyi, Shandong mengatakan pihak keselamatan awam akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ‘melanggar hak undang-undang pelindungan peribadi awam’.

    Langkah pembendungan pandemik telah menerima tentangan di seluruh negara. Ia masih belum diketahui siapa yang ditahan selepas pertelingkahan itu. Berita penahanan dilihat di media sosial awal hari ini, tetapi telah dipadamkan sebelum tengah hari.

    Walaupun negara-negara lain di seluruh dunia kebanyakannya telah membuka semula ekonomi masing-masing, namun China hanya mengambil langkah berjaga-jaga dengan sempadan sebahagian besarnya masih ditutup dan pegawai berdepan tekanan untuk menguatkuasakan sekatan.

    Minggu lalu, akses ke zon perindustrian di mana sebuah kilang yang menghasilkan iPhone Apple telah digantungkan selama seminggu berikutan peningkatan kes jangkitan di Zhengzhou dan pekerja kilang melarikan diri dari kawasan tersebut. Kebanyakan mereka memanjat pagar dan berjalan di sepanjang lebuh raya untuk mengelak dimasukkan ke pusat kuarantin.

    Apple pada Ahad mengumumkan kepada para pelanggan bahawa mereka kini perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan model terkini telefon pintar itu, dan mengatakan kilang Foxconn di bandar Zhengzhou, tengah China ‘beroperasi pada kadar kapasiti yang sangat terhad’. – AP

    Penduduk menggunakan telefon pintar untuk mengimbas kod QR pemeriksaan kesihatan di Beijing. Tujuh orang ditahan oleh polis selepas bertelingkah mengenai sekatan kuarantin COVID yang ketat. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...