Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Penduduk berusia lebih 100 tahun lepasi 92,000

    TOKYO, 15 SEPT – Bilangan penduduk berusia 100 tahun di Jepun buat kali pertama melepasi 92,000, mencecah rekod tertinggi bagi tahun ke-53 berturut-turut, menurut laporan kerajaan hari ini.

    Bilangan orang yang berusia lebih 100 tahun meningkat sebanyak 1,613 berbanding tahun sebelumnya kepada 92,139, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di Tokyo.

    Menurut tinjauan terbaru, kira-kira 88 peratus dalam kalangan mereka yang berusia 100 tahun terdiri daripada wanita.

    Jangka hayat untuk wanita di Jepun adalah sekitar 87 tahun, manakala lelaki sekitar 81 tahun. – Bernama

    Gambar Harian Metro
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...