Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Penduduk digesa kurangkan masa mandi, jimatkan tenaga

    HELSINKI, 26 OGOS – Warga Finland digesa untuk menurunkan suhu termostat mereka pada musim sejuk akan datang, memendekkan masa mandi dan mengurangkan masa untuk pergi ke sauna, ketika Eropah menghadapi masalah tenaga berikutan perang Rusia di Ukraine.

    Kempen penjimatan tenaga di seluruh negara diumumkan minggu ini berikutan pengumuman Rusia memotong bekalan gas ke Finland dan negara-negara Eropah lain dalam beberapa bulan kebelakangan ini sekali gus menyebabkan harga tenaga melambung tinggi. Kempen tersebut dikenali sebagai “A degree lower“, kempen itu akan dilancarkan pada 10 Oktober depan, Kati Laakso, jurucakap di syarikat milik kerajaan Motiva yang menggalakkan kelestarian, memberitahu AFP hari ini.

    Syarikat itu merupakan penganjur kempen bersama-sama dengan kerajaan Finland dan pihak berkuasa tenaga.

    Selain mengurangkan pemanasan dan memendekkan masa mandi, warga Finland akan digalakkan untuk mengurangkan masa bersauna. Dengan anggaran tiga juta sauna untuk 5.5 juta orang, mandian wap adalah amalan rutin tradisional Finland.

    Berikutan harga tenaga yang melambung tinggi, kempen itu juga akan menggesa warga Finland untuk mengurangkan masa untuk hiburan elektronik, mematikan pemanasan garaj dan menjimatkan petrol dengan memandu lebih perlahan.

    “Ini hanyalah beberapa pilihan. Kami berharap orang ramai akan mengikut cadangan secara sukarela dan memahami keadaan, bahawa Finland dalam keadaan yang genting menuju musim sejuk,” kata Laakso. “Mungkin orang tidak perlu menghidupkan sauna setiap hari. Mungkin seminggu sekali”, tambahnya.

    Ini adalah kali pertama kempen penjimatan tenaga diperkenalkan di Finland sejak krisis minyak 1970-an.

    Pada bulan Mei lalu, syarikat terbesar tenaga Rusia, Gazprom menghentikan bekalan ke negara jiran Finland selepas Helsinki enggan membayar bilnya dalam mata wang Rusia, yang dituntut Moscow dalam usaha untuk mengetepikan sekatan kewangan serta memaksa pelanggan tenaga Eropah untuk menyokong bank pusatnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...