Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Penduduk disaman gagal pulangkan dana bantuan

    TOKYO, 11 MEI – Sebuah bandar di Jepun yang tersilap menghantar bantuan kewangan berjumlah AS$360,000 hari ini berkata ia terpaksa memfailkan tuntutan mahkamah selepas penerima tersebut enggan memulangkan wang bantuan itu.

    “Kami ingin memohon maaf kepada penduduk-penduduk. Kami kini menyaman penghuni rumah ini,” kata seorang pegawai memberitahu AFP, menambah bahawa keputusan itu diluluskan semasa perjumpaan majlis pada Khamis.

    Bulan lalu, bandar di wilayah barat Yamaguchi, menghantar 100,000 yen (AS$768) kepada setiap 463 buah rumah berpendapatan rendah yang terkesan oleh pandemik.

    Tetapi semasa proses tersebut, mereka melakukan kesilapan dengan memindahkan jumlah sekali gus sebanyak 46.3 juta yen kepada sebuah rumah. Pegawai segera mengunjungi rumah penerima bantuan, yang tidak dinyatakan, dan diberitahu wang tersebut akan dikembalikan.

    Meskipun mereka sudah membuat tindakan susulan melalui surat dan panggilan telefon, namun wang tersebut masih belum dipulangkan.

    Apabila mereka sekali lagi bertemu secara bersemuka, menurut surat yang dikeluarkan oleh datuk bandar, penerima wang mengakui telah ‘memindahkan wang itu dan tidak dapat memulangkannya tetapi mereka akan menebus kesilapan mereka.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...