Penduduk guna penjana kuasa di tengah-tengah pengurangan tenaga

SHENYANG, CHINA – Penduduk di timur laut China menikmati sarapan pagi dengan menggunakan lampu dari telefon pintar mereka dan penjaga kedai menghidupkan penjana kuasa ketika pihak berkuasa negara tersebut mengurangkan tenaga pada minggu ini bagi memenuhi sasaran pemulihan rasmi dan mengurangkan kekurangan bekalan di beberapa kawasan.

Laporan berita menyalahkan harga arang batu yang tinggi dan syarikat jana kuasa enggan memenuhi permintaan yang melonjak, sementara pakar ekonomi berkata motif sebenar adalah politik, di mana para pegawai berada dalam tekanan untuk mengurangkan penggunaan tenaga bagi memenuhi sasaran rasmi.

Di Shenyang, bandar di bahagian timur laut yang mempunyai ramai penduduk, pemilik restoran, Li Yufeng menggunakan bateri dari basikal elektrik untuk memasak mi selepas melihat notis tenaga akan ditutup pada 7:30 pagi. Li berkata dia memulakan tugasnya dua jam lebih awal iaitu pada pukul 6 pagi, untuk menyediakan ayam, sos dan hidangan lain.

“Sememangnya ada kesan atas penutupan jana tenaga tersebut namun ia bukanlah kesan besar,” Li berkata ketika pelanggan menikmati hidangan menggunakan lampu dari telefon pintar.

Kilang-kilang di wilayah paling sibuk di China telah mengarahkan penggantungan penghasilan sekurang-kurangnya sehingga satu minggu, menyebabkan kebimbangan bekalan global terhadap telefon pintar dan barangan lain mungkin terganggu. Kini, kawasan kejiranan berada dalam keadaan gelap, menyebabkan rayuan di media sosial untuk kerajaan agar menyelesaikan masalah tersebut.

Seorang wanita membeli barangan dapur dari sebuah kedai runcit yang menggunakan penjana kuasa. – AP
Salah seorang pelanggan kedai di sebuah restoran menikmati hidangan sambil menggunakan lampu dari telefon pintar di tengah-tengah usaha kerajaan untuk menggurangkan penggunaan elektrik. – AP
Li Yufeng memasak hidangan dalam keadaan gelap. – AP

Penggunaan tenaga di China semakin berkembang hampir dua kali ganda dari kadar selalu, ketika kerajaan cuba mengurangkan intensiti tenaga, atau jumlah digunakan per unit bagi pengeluaran ekonomi.

Pemotongan jana tenaga dibuat selepas pemimpin global bersedia untuk menghadiri persidangan alam sekitar PBB secara maya pada 12 hingga 13 Oktober di bandar barat daya Kunming. Ini menyebabkan tekanan ke atas kerajaan Presiden, Xi Jinping sebagai penganjur perjumpaan, untuk menunjukkan mereka komited terhadap sasaran pencemaran dan kecekapan tenaga.

Pengurangan tersebut adalah ‘pemacu terbesar bagi langkah pengawalan penggunaan tenaga, dengan kekurangan bekalan tenaga menjejaskan beberapa buah wilayah lain,” kata Lara Dong dari IHS Markit melalui e-mel.

“Ini sejajar dengan matlamat pengurangan karbon China,” tambahnya.

Agensi perancangan kabinet memberi amaran pada Ogos bahawa 20 wilayah telah melebihi sasaran penggunaan tenaga dan pencemaran selepas sektor penghasilan kembali beroperasi sesudah pandemik. Kerajaan mempunyai rancangan besar untuk menjadikan ekonomi bersih dan kecekapan tenaga yang lebih berkesan, jadi gagal untuk memenuhi sasaran tersebut boleh menjadi satu kekecewaan.

Pengurangan tenaga ‘mungkin lebih membantu berbanding kekurangan bekalan tenaga sebelumnya,’ menurut laporan Bank ofAmerica. Disebabkan kekurangan bekalan tenaga di beberapa kawasan, menurut mereka, ‘melonggarkan matlamat sasaran penggunaan tenaga kerajaan mungkin tidak akan menyebabkan kekurangan bekalan yang teruk’.

China merupakan negara terbesar di dunia yang menghasilkan pencemaran gas industri dan pengguna dengan lebih banyak tenaga per unit bagi pengeluaran ekonomi berbanding negara membangun. Ini berpunca daripada jumlah penduduk yang tinggi, dari segi per kapita ia mempunyai ranking lebih rendah.

China turut membuat persiapan bagi Sukan Olimpik musim Sejuk di Beijing, dan bandar berhampiran Shijiazhuang pada Februari, tempoh di mana mereka ingin keadaan langit yang cerah.

Pegawai di wilayah Jiangsu, hab pembuatan di barat laut Shanghai, memberitahu media bahawa beberapa buah bandar sudah menggunakan 90peratus kuota tenaga mereka pada tahun ini. Pegawai agensi perancangan wilayah dipetik berkata kerajaan terpaksa memutuskan bagaimana untuk mencapai matlamat mereka.

Kerajaan wilayah Guangdong, pusat pembuatan terbesar China, dipetik berkata had penggunaan tenaga rasmi dan tahap air yang rendah di empangan tenaga hidro memberi kesan terhadap elektrik.

Kerajaan di wilayah Jilin menyalahkan kekurangan bekalan arang batu. Mereka berkata dalam kenyataan gabenornya meninju pelombong berhampiran Mongolia untuk menambah bekalan.

Beberapa amaran bagi pemotongan tenaga kepada penduduk di Shenyang dan bandar lainnya memerlukan catuan tenaga namun tidak mendedahkan sebab.

Li, pemilik restoran mi, menunjukkan kepada wartawan notis yang dikongsikan di media sosial bahawa bekalan tenaga akan ditutup dari 7:30 pagi hingga 4:30 petang. – AP