Penduduk Hong Kong berikan penghormatan terakhir

HONG KONG, 12 DIS – Beribu-ribu penduduk Hong Kong menghadiri upacara memperingati seorang pelajar yang terkorban semasa protes demokrasi, menjadikannya salah satu protes demokrasi terganas pernah dicatatkan dalam enam bulan ini.

Alex Chow, 22 tahun, merupakan pelajar yang terkorban bulan lepas akibat kecederaan di kepala selepas terjatuh dari tempat letak kereta bertingkat semasa berlakunya protes demokrasi.

Walaupun urutan kejadian yang membawa kepada kematiannya tidak jelas dan diragui, penunjuk perasaan telah mendakwa bahawa pihak polis melaku kekejaman terhadap salah satu kempen pergerakan tersebut.

Kematian Chow diikuti tiga hari selepas polis menembak seorang penunjuk perasaan tidak bersenjata berumur 21 tahun di abdomen yang mencetuskan pertempuran yang berlaku di kampus universiti.

Tempoh tiga minggu lalu telah menyaksikan keredaan yang jarang berlaku dalam keganasan dan vandalisme selepas parti pro-demokrasi menang dalam pilihan raya majlis tempatan.

Orang ramai berarak pada Ahad lalu untuk perhimpunan yang berakhir tanpa satu gas pemedih mata dilepaskan. Namun ketua bandar Beijing Carrie Lim tidak memberikan petunjuk mereka akan membuat konsesi lebih lanjut.

Hari ini, tempat kejadian terbunuhnya Chow dihadiri oleh beribu-ribu penduduk bagi memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

“Terdapat banyak unsur yang mencurigakan dan saya harap dia boleh bersemadi aman apabila kebenaran ditemui,” kata seorang pelajar, Joe Chung kepada AFP. – AFP

Orang ramai berbaris untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Alex Chow di perkuburan Po Fook Hill di Shatin, Hong kong pada 12 Disember. – AFP