TEHRAN, 11 FEB – Ribuan kenderaan dan motosikal berarak bagi meraikan ulang tahun Revolusi Islam Iran ke-43 hari ini, meskipun jumlah pejalan kaki kurang buat tahun kedua berturut-turut disebabkan oleh kerisauan mengenai pandemik koronavirus.
Di ibu kota Tehran, perarakan bermula dari beberapa buah kawasan, bergerak ke kawasan perhimpunan di Dataran Azadi. Selepas itu, Presiden Ebrahim Raisi menyampaikan ucapan selepas solat fardu Jumaat di masjid.
Ulang tahun tersebut diraikan ketika rundingan untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear Tehran bersama kuasa dunia yang diteruskan di Vienna. Bekas Presiden Donald Trump mengeluarkan Amerika Syarikat (AS) daripada perjanjian pada 2018 dan mengenakan semula sekatan, dan sebagai tindak balas Iran secara perlahan-lahan mengingkari komitmennya.
Setiausaha media Rumah Putih, Jen Psaki berkata pada Rabu bahawa perjanjian adalah ‘dalam pemerhatian’, tetapi memberi amaran bahawa ‘sekiranya ia tidak dicapai dalam beberapa minggu kebelakangan, kemajuan nuklear Iran akan menjadikannya mustahil,’ untuk AS kembali kepada perjanjian itu. – AP