BEIJING, 10 Ogos – Beribu-ribu penduduk Islam berkumpul di sebuah masjid di barat laut China hari ini untuk membantah perobohannya dalam tekanan awam terhadap usaha kerajaan untuk menggubal semula bagaimana agama diamalkan di negara itu.
Penduduk Hui, penduduk minoriti etnik Islam, berkumpul di luar Masjid Besar di bandar Weizhou semalam, beritahu penduduk tempatan Hui kepada The Associated Press menerusi telefon.
“Kami tidak akan membenarkan mereka merobohkannya,” kata Ma Seng-ming, wanita yang berusia 68 tahun yang berkata anak perempuannya turut sertai dalam bantahan di luar masjid yang baru dibina di rantau Ningxia.
Bantahan berlaku tatkala kumpulan agama yang sebahagian besarnya diterima sebelum ini telah melihat kebebasan mereka terbatas apabila kerajaan berusaha mendesak penganut mengutamakan kesetiaan kepada Parti Komunis.
Bulan sabit dan kubah masjid telahpun diturunkan, manakala gereja Kristian ditutup dan kitab Injil dirampas, dan kanak-kanak Tibet telah dipindah daripada kuil Buddha ke sekolah.
Penduduk Weizhou bimbang dengan berita mengatakan kerajaan merancang merobohkan masjid meskipun pada mulanya mereka meluluskan pembinaannya, yang siap pada tahun lalu.
Setiausaha parti bandar telah menyampaikan ucapan tahniah di tapak apabila pembinaan masjid dimulakan, kata Ma Zhiguo, seorang penduduk tempatan dalam lingkungan umur 70-an. – AP