Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penduduk kampung, MPK gotong-royong baik pulih jalan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Penduduk Kampung Jerudong bersama ahli-ahli majlis perundingan kampung (MPK) Jerudong A dan B serta Persatuan Warisan Kampung Jerudong, pagi tadi, telah bergotong-royong membaik pulih tanah susur pada jalan sementara di Tanah Perkuburan Islam Polo, Kampung Jerudong.

    Ia bertujuan untuk memudahkan orang ramai khususnya penduduk kampung Jerudong A dan B memasuki kawasan tanah perkuburan dengan menggunakan kenderaan.

    Sebelum ini, tidak ada jalan masuk menggunakan kenderaan ke tanah perkuburan tersebut selain menggunakan tangga.

    Turut menyertai aktiviti amal berkenaan ialah pemangku-pemangku ketua kampung Jerudong A dan B, Awang Nazmi Faiz bin Haji Abu Bakar dan Awang Kamis bin Panjang.

    Aktiviti gotong-royong seumpamanya merupakan inisiatif berterusan bagi kesejahteraan penduduk kampung di samping mengeratkan silaturahim antara mereka.

    Jalan sementara di Tanah Perkuburan Islam Polo, Kampung Jerudong yang dibaik pulih.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...