Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Penduduk Kemboja keluar mengundi

    PHNOM PENH, 5 JUN – Rakyat Kemboja hari ini keluar mengundi dalam pilihan raya tempatan ketika parti pembangkang cuba untuk menghalang cengkaman kuasa Perdana Menteri, Hun Sen selama beberapa dekad menjelang pilihan raya negara tahun depan.

    Hun Sen, salah seorang pemimpin yang paling lama memerintah di dunia, telah memerintah Kemboja lebih 37 tahun dan menukar negara itu menjadi negara satu parti pada 2018 semasa partinya menang kesemua kerusi dalam pilihan raya negara.

    Perdana menteri tersenyum ketika memasuki sebuah stesen undian yang dimulakan pada jam 7 pagi di pinggir Phnom Penh, bersama isterinya Bun Rany – namun enggan untuk bercakap kepada media.

    Pengkritik dan hak asasi kumpulan kemanusiaan telah menuduhnya mencipta ‘iklim kebimbangan’ dan mengurung beberapa penentang politik dan aktivis.

    Pihak pembangkang, Parti Keselamatan Nasional Kemboja (CNRP) – yang memenangi 44 peratus undian popular dalam pilihan raya tempatan pada 2017 – telah dipaksa untuk melucutkan kedudukannya selepas sebuah mahkamah membubarkannya pada tahun tersebut.

    Berpuluh-puluh tokoh pembangkang sejak itu telah melarikan diri dari negara itu, sementara itu yang lain telah ditangkap.

    Ketua pembangkang, Kem Sokha, yang ditangkap dan dipenjarakan lebih satu tahun, berdepan perbicaraan pengkhianat, sementara pengasas bersama CNRP, Sam Rainsy yang tinggal di Perancis untuk lari daripada sabitan mengatakan ia bermotifkan politik.

    Undian daripada 1,652 komuniti atau kelompok kampung hari ini dilihat akan membawa nadi politik negara menjelang pilihan raya negara pada 2023. – AFP

    Hun Sen (tengah) selepas membuang undi bersama isterinya, Bun Rany di wilayah Kandal pada 5 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...