Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Penduduk Kg Menunggol undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Penduduk Kampung Menunggol hari ini hadir mengundi bagi memilih calon jawatan ketua Kampung Menunggol, Mukim Kota Batu pada majlis pengundian dan pemilihan yang berlangsung di Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Awang Rasli bin Taram dan Haji Ibrahim bin Haji Osman merupakan dua calon yang bertanding untuk mendapatkan jawatan tersebut. Pada majlis itu, Awang Rasli telah mendapat 89 undian manakala Haji Ibrahim mendapat 118 undian dan daripada jumlah keseluruhan 208 undian itu, satu undian telah rosak.

    Keputusan pengundian dan pemilihan calon ketua kampung yang dijalankan pada hari ini akan dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

    Penduduk Kampung Menunggol membuang undi bagi memilih calon ketua Kampung Menunggol yang berlangsung di Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...