Penduduk Kg Rancha-Rancha terima sumbangan

LABUAN, 11 OKT – Kira-kira 200 bakul makanan diagihkan kepada keluarga kurang berkemampuan di Kg Rancha-Rancha Laut di sini hari ini, sumbangan syarikat minyak dan gas Dayang Enterprise Sdn Bhd (Labuan). 

Pengurus Dayang Enterprise Azmir Aman yang menyampaikan sumbangan tersebut kepada penduduk kampung berkata komitmen sektor swasta pada waktu sukar seperti sekarang sangat penting.

Sementara itu, Ketua Kampung Rosman Hussein berkata sumbangan itu sangat bermakna bagi membantu meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan sebahagian besar daripada mereka tidak bekerja. – Bernama