Penduduk Labuan digesa bantu kekalkan status zon hijau

LABUAN, 4 MEI – Diisytihar zon hijau COVID-19 bukanlah isyarat bagi penduduk setempat untuk mengambil pendekatan endah tak endah dalam mengamalkan jarakan sosial, kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata orang ramai harus menerima hakikat untuk berubah kepada kehidupan normal baharu.

“Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam peraturan jarakan sosial, adalah intervensi kesihatan awam yang penting, dapat membantu menghentikan penularan COVID-19.

“Tetapi jika orang ramai mengambil pendekatan acuh tak acuh dalam jarakan sosial, jadi masyarakat harus bersedia untuk menanggung pandemik COVID-19 bagi tempoh yang panjang,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif  hari ini. – Bernama