Penduduk Labuan, Sabah dikecualikan uji COVID-19

KOTA KINABALU, 10 JUN – Penjawat awam, pekerja sektor swasta, penduduk Wilayah Persekutuan Labuan (WP) dan rakyat Sabah yang berada di wilayah itu dikecualikan menjalani ujian COVID-19 apabila masuk ke negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengecualian itu dibuat selepas kerajaan negeri hari ini memberi kelonggaran perjalanan masuk ke Sabah sama ada melalui udara dan laut.

Bagaimanapun, bagi mereka yang bukan penduduk Sabah dan bukan warganegara Malaysia diwajibkan untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. – Bernama