Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

Penduduk Long Pasia mohon projek BELB diteruskan

-

SIPITANG, 29 JUN – Penduduk kawasan Long Pasia di sini memohon agar kerajaan dapat meneruskan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di dua stesen iaitu di Kampung Long Pasia dan Kampung Meligan yang terbengkalai sejak 2017.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri Sipitang Sani Miasin berkata projek berkenaan dilaksanakan secara rundingan terus reka dan bina pada 2017 dan sepatutnya disiapkan 2019.

Beliau berkata kegagalan kontraktor utama menyiapkan projek itu merugikan rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik menerusi program BELB yang disediakan oleh kerajaan.

“Projek itu gagal disiapkan mengikut seperti yang dijadualkan dan terbengkalai sejak beberapa tahun lepas tanpa sebarang progress sehingga kini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

BELP merupakan sebuah program menyediakan bekalan elektrik 24 jam yang mencukupi, dan terjamin kepada penduduk khususnya di luar bandar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Sani berkata projek BELB sistem solar hibrid yang dilaksanakan itu mampu membekalkan tenaga elektrik kepada lebih 500 rumah di tujuh buah kampung iaitu Kampung Long Pasia, Kampung Meligan, Kampung Ulu Bole, Kampung Mangayam, Kampung Rundulang, Kampung Iburu dan Kampung Long Mio. – Bernama

Penduduk kawasan Long Pasia memohon agar Kerajaan dapat meneruskan Projek Bekalan Eletrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid yang telah terbengkalai sejak 2017. – Bernama
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -