Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Lundu terima perkhidmatan PSSS KPWKM

    LUNDU, 8 DIS – Penduduk kampung di sekitar kawasan ini berpeluang menerima perkhidmatan secara langsung yang disediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) beroperasi di Kampung Pueh Sematan dan Kampung Rayu Iban.

    Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini, inisiatif PSSS memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan sosial yang menyeluruh kepada kumpulan sasar di kawasan luar bandar.

    “Kehadiran PSSS dalam program ini mencerminkan komitmen KPWKM untuk memperluaskan akses perkhidmatan sosial kepada semua golongan masyarakat, tanpa mengira lokasi mereka,” menurut kenyataan itu.

    Menurut kenyataan itu, usaha berkenaan digerakkan menerusi Program Jelajah Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS), Kamek Nengar, Kamek Nulong berlangsung di dua lokasi kampung terlibat.

    Antara perkhidmatan yang ditawarkan PSSS ialah kaunseling, rujukan perkhidmatan sosial, dan sokongan tambahan bagi kumpulan rentan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda