Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Penduduk mengadu kelaparan susulan perintah berkurung

    BEIJING, 14 SEPT – Penduduk di wilayah Xinjiang, China berkata mereka mengalami kelaparan, terpaksa menjalani kuarantin dan kekurangan bekalan ubat-ubatan serta keperluan harian selepas menjalani lebih 40 hari pengasingan diri.

    Beratus-ratus hantaran dari Ghulja menarik perhatian pengguna media sosial China minggu lalu, dengan penduduk mengongsikan video yang menunjukkan peti sejuk mereka kosong, kanak-kanak demam dan orang menjerit dari tingkap mereka.

    Keadaan yang teruk dan kekurangan bekalan makanan mengingatkan pa-da perintah berkurung yang ketat di Shanghai pada musim bunga, apabila ribuan penduduk membuat hantaran dalam talian, mengadu bahawa mereka dihantar dengan sayur-sayuran yang sudah membusuk atau dihalang daripada mendapatkan rawatan perubatan kritikal.

    Namun, tidak seperti di Shanghai, sebuah metropolis kosmopolitan yang mempunyai 20 juta orang penduduk dan ramai warga asing tinggal di bandar itu, perintah berkurung ketat di bandar-bandar kecil seperti di Ghulja kurang mendapat perhatian.

    Ketika lebih banyak jangkitan varian koronavirus dicatatkan di China, kemarahan penduduk menjadi suatu perkara biasa. Di bawah strategi ‘sifar COVID’, puluhan juta penduduk terpaksa menjalani perintah berkurung, ekonomi lumpuh dan membuatkan perjalanan menjadi tidak menentu.

    Menurut salah seorang penduduk, bekalan makanan tidak mencukupi meskipun mereka sudah membuat persediaan sebelum perintah berkurung dilaksanakan. Selain itu, penduduk turut mengadu bahawa mereka tidak dapat meneruskan pembelajaran atau tidur sejak beberapa hari kebelakangan. – AFP

    Petugas kesihatan membuat ujian saringan ke atas penduduk di wilayah Guizhou. Penduduk di wilayah Xinjiang berkata mereka mengalami kelaparan, terpaksa menjalani kuarantin dan kekurangan bekalan ubat-ubatan serta keperluan harian selepas menjalani lebih 40 hari pengasingan diri.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...