Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Penduduk Myanmar lancar ‘bantahan senyap’

    YANGON, 1 FEB – Jalan-jalan raya kosong dan kedai-kedai ditutup di seluruh Myanmar hari ini ketika orang ramai mengingkari arahan junta untuk meneruskan perniagaan mereka dengan ‘bantahan senyap’ pada ulang tahun pertama rampasan kuasa tentera.

    Pengambilalihan tentera telah menamatkan pemerintahan demokratik sementara negara Asia Tenggara dan menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi yang mencetuskan bantahan besar-besaran dan tindakan tegas ke atas pembantah. Bergelut untuk membendung bantahan dan mengawal pertelingkahan harian, junta membunuh lebih 1,500 awam, menurut kumpulan pemerhati tempatan. Sebahagian besar daripada kawasan negara itu di bawah kawalan pejuang anti-junta.

    Junta mengarahkan kedai untuk terus dibuka pada Selasa, berikutan gesaan ‘bantahan senyap’ pada ulang tahun penggulingan. Tetapi jalan-jalan di hab komersial Yangon mula kosong pada 10 pagi, menurut wartawan AFP, suasana yang sama di bandar kedua, Mandalay dan wilayah selatan Tanintharyi.

    Pasar batu jed terkenal di Mandalay dibuka, tetapi kurang sesak, seorang penduduk memberitahu AFP. “Tiada sesiapa yang keluar ke jalan-jalan di kawasan tempat saya dan pasukan keselamatan membuat rondaan,” kata penduduk. “Saya berada di rumah bermain permainan online untuk menyertai bantahan senyap.”

    Tetapi pada pagi hari ini, media tempatan menunjukkan perhimpunan besar berasingan di Yangon dan Mandalay, di mana para pembantah memasang sepanduk pro demokrasi dan menyalakan saur.

    Menjelang ulang tahun pertama, junta mengancam untuk merampas perniagaan yang ditutup dan memberi amaran perhimpunan bising atau mengongsikan ‘propaganda’ anti-tentera akan didakwa dengan pengkhianat atau pengganas. – AFP

    Gambar fail bertarikh 14 Februari 2021 menunjukkan para pembantah memegang kertas menyokong Pergerakan Ingkar Awam (CDM) di Yangon. Pembantah di seluruh Myanmar melancarkan ‘bantahan senyap’ pada ulang tahun rampasan kuasa tentera. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...