Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

Penduduk Orang Asli bimbang ancaman beruang

GUA MUSANG, 9 JAN – Lebih 100 masyarakat Orang Asli di Kampung Dakoh, Pos Balar hari ini gempar dengan kehadiran seekor beruang yang dipercayai memusnahkan tanah perkuburan mereka, malah dikatakan turut memakan mayat penduduk kampung berkenaan.

Seorang penduduk, Mazlan Aluij, 50, berkata pada 26 Disember lepas, dia dan lima anaknya menyedari kehadiran beruang itu ketika menziarahi kubur isterinya, Amek Along, yang meninggal dunia pada 1 Disember.

Menurut Mazlan, dia mendapati kawasan sekitar kubur itu telah rosak selain menemukan beberapa kesan dan jejak dipercayai seekor beruang yang berkemungkinan turut menggali kubur dan memakan sebahagian mayat Amek.

“Saya juga pernah terserempak dengan haiwan itu yang sedang berkeliaran di belakang rumah, kira-kira 300 meter dari tanah perkuburan.

“Saya dapat dengar bunyi kehadiran beruang tersebut dan sempat menjerit ke arah haiwan itu kerana hampir menerkam anjing yang dibela dan kemudian beruang itu lari ke arah tanah perkuburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata dia membuat laporan kepada polis serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan selanjutnya kerana risau ancaman berulang berlaku selain membahayakan keselamatan penduduk kampung.

Pada 29 Disember lepas, media melaporkan penduduk di Kampung Perawas, Pos Balar turut ternampak kelibat seekor beruang masuk ke kawasan kampung untuk mendapatkan durian dari kawasan kebun berhampiran kediaman mereka. – Bernama

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mengagihkan makanan kepada kanak-kanak masyarakat Orang Asli sewaktu menyampaikan bantuan bekalan makanan di Pos Balar, baru-baru ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -