Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Penduduk Prescott diarah berpindah

    PRESCOTT, 19 APRIL – Pemindahan mandatori telah diarahkan bagi penduduk Arizona berhampiran Mount Union, kira-kira 16 kilometer selatan Prescott, menurut pegawai.

    Pejabat Syarif Yavapai County mengeluarkan arahan kelmarin selepas kebakaran hutan bermula kira-kira 10 pagi. Ia berkata melalui Facebook bahawa pusat pemindahan telah dibangunkan di Pusat Findlay Toyota di Prescott Valley.

    Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat berkata dalam kenyataan bahawa kebakaran telah memusnahkan kira-kira 500 ekar.

    Pegawai jabatan berkata anggota bomba, jentera dan pesawat telah dikerahkan untuk menangani kebakaran dan asap boleh dilihat dari bandar dan kawasan bersebelahan, termasuk Chino Valley, Mayer dan Prescott Valley.

    Punca kebakaran masih dalam siasatan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...