Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Penduduk rumah panjang harapkan penyelesaian bekalan air

    MUKAH, 7 SEPT – Penduduk Rumah Panjang Jarit, Matu di sini mengharapkan kerajaan negeri mencari penyelesaian bagi memudahkan proses permohonan bantuan bekalan air setiap kali musim kemarau melanda kawasan itu.

    Menurut Tuai Rumah Jarit Mering, semasa musim cuaca panas tanpa hujan setiap tahun yang berlaku dalam tempoh Jun hingga Ogos, setiap isi rumah perlu mengisi borang permohonan bantuan bekalan air untuk dihantar ke Pejabat Daerah Matu.

    Lebih serius, katanya pada waktu tertentu penduduk terpaksa menunggu sehingga tiga minggu sebelum bantuan seperti air mineral tiba.

    “Kalau tidak isi borang permohonan (bantuan), tidak dapat (bekalan air). Kalau boleh, sepatutnya pejabat daerah tidak perlulah tunggu kami mohon sebab kadang-kadang lambat proses bantuan itu dan situasi kemarau berlaku setiap tahun.

    “Pernah juga tiada hujan dari Jun hingga Oktober. Sepanjang musim kemarau memang tiada air tadahan hujan. Kami kena pastikan hujan selama dua atau tiga hari baru dapat tadah air secukupnya,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

    Seramai 263 penduduk kawasan itu berdepan dengan isu ketiadaan bekalan air, dan cuaca panas terik tanpa hujan merumitkan lagi keadaan mereka yang bergantung kepada tadahan air hujan dan sungai untuk kegunaan harian.

    Jarit turut menjelaskan bantuan dua kotak air mineral yang disalurkan kepada setiap orang, tidak dapat menampung keperluan harian penduduk di situ, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai ahli keluarga ramai. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...