Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Sepanyol mula mengundi

    MADRID, 28 April – Penduduk Sepanyol mulai membuang undi dalam pilihan raya mengejut hari ini yang ditandai oleh kebangkitan semula golongan amat konservatif selepas lebih empat dekad dipinggirkan daripada politik.

    Tinjauan pendapat memberikan perdana menteri sosialis bersara Pedro Sanchez satu kemenangan tanpa majoriti yang diperlukan untuk memerintah sendirian, bermakna beliau perlu mendapatkan gabungan dalam persekitaran politik yang telah menjadi dingin sejak kegagalan bidaan pemisahan oleh Catalonia.

    Setakat ini, pilihan raya yang baharu merupakan kebangkitan semula parti konservatif Vox, yang muncul dalam pilihan raya serantau pada Disember di selatan Andalusia dan dijangka akan mencatat penyertaan pertama dalam parlimen nasional.

    Tinjauan pendapat meramalkan ia mungkin mengambil lebih 10 peratus daripada undi dalam sebuah negara yang tidak mempunyai parti konservatif untuk bersuara sejak kematian diktator Francisco Franco pada 1975, dalam apa yang mungkin menimbulkan kebimbangan lajut di Eropah.

    Stesen mengundi dibuka pada pukul 9 pagi dan akan ditutup pada pukul 8 malam waktu tempatan, dengan keputusan diumumkan pada lewat hari ini.

    Sanchez, yang menerajui tampuk pentadbiran pada Jun selepas menyingkirkan perdana menteri konservatif Mariano Rajoy dalam undi tidak percaya, telah mengingatkan Sepanyol supaya jangan meniru apa yang berlaku dalam pilihan raya Finland dua minggu lalu.

    Di sana, Parti konservatif Finns menduduki tempat kedua, menyusuli di belakang Sosial Demokrat, selepas tinjauan pendapat yang pada mulanya meramalkan ia akan berakhir di tempat kelima.

    Di Sepanyol, tinjauan pendapat juga meramalkan bahawa Vox, dengan retorik ultra-nasionalis yang menyokong “pertahanan negara Sepanyol sehingga akhir,” akan menduduki tempat kelima. – AFP

    Calon perdana menteri Pedro Sanchez ketika membuang undi di samping isterinya Begona Gomez di Madrid. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda