Penduduk S’wak dinasihat tangguh perjalanan ke kawasan PKP

KUCHING, 6 MEI – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menasihati penduduk di Sarawak agar menangguhkan perjalanan ke negeri dan daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenyataan JPBN hari ini turut memaklumkan bahawa garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di beberapa dae-rah di Sarawak akan turut akan diperketat bagi memutuskan rantaian COVID-19. SOP  berkuat kuasa dari 7 hingga 17 Mei.

Sarawak hari ini merekodkan 391 jangkitan baharu virus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33,477 kes dan lima kematian. – Bernama