Penduduk Taiwan mula daftar temu janji vaksin Medigen

TAIPEI, 16 0GOS – Kira-kira 42,000 penduduk Taiwan telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 keluaran tempatan, hanya dalam masa dua minit selepas pendaftaran baharu dibuka secara dalam talian bermula 10 pagi hari ini.

Sehingga 10:30 malam, jumlah orang yang telah membuat janji temu vaksin yang dibangunkan Medigen Vaccine Biologics Corp Taiwan meningkat kepada 78,279, menurut CNA Taiwan memetik data penyedia perkhidmatan dalam talian, Trade-Van Information Services Co.

Janji temu pada pusingan kali ini perlu dibuat pada tengah hari Rabu dan vaksinasi dijadualkan berlangsung antara 23 dan 29 Ogos. Permohonan kali ini juga dibuka kepada mereka yang berumur 36 tahun ke atas dan yang berumur antara 20 hingga 35 tahun, mempunyai penyakit atau kecederaan dan telah menyatakan kesediaan menerima vaksin Medigen.

Sekurang-kurangnya 600,000 dos vaksin Medigen akan diedarkan di seluruh Taiwan. – Bernama