Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Penduduk undi calon Ketua Kg PN Bukit Beruang Kawasan 1

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 10 SEPT – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang Kawasan 1, Mukim Telisai telah diadakan hari ini di Dewan Kemasyarakatan Bukit Beruang menggunakan kaedah kertas undi.

    Dalam pada itu, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah pun bermula pada 8 September lalu.

    Calon tunggal yang layak bagi mengisikan jawatan berkenaan ialah Awang Mohammad Sahan bin Mumtazali, berusia 37 tahun.

    Seramai 75 orang penduduk daripada 116 orang yang berdaftar dan layak mengundi telah membuang undi, dengan kesemuanya setuju bagi calon untuk mengisikan jawatan, dengan tidak ada undi tidak bersetuju dan undian rosak.

    Antara yang hadir menyaksikan majlis berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub yang juga Penghulu Mukim Ukong; Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad selaku pengerusi majlis, penghulu dan ketua-ketua kampung serta pemangku ketua kampung di bawah Mukim Telisai berserta penduduk kampung.

    Sehubungan itu, keputusan pengundian akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

    Penduduk kampung membuang undi dalam majlis pengundian di Dewan Kemasyarakatan Bukit Beruang. – Gambar oleh Nurdiyannah R.
    ATAS & BAWAH: Majlis pengundian dan pemilihan tersebut telah menyaksikan sebanyak 75 undian setuju, manakala itu tidak ada undi tidak bersetuju dan undian rosak. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
    Gambar oleh Nurdiyannah

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...