Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Venezuela diajar bertarung untuk menentang Trump

    CARACAS, 27 Ogos – Tentera Venezuela mengajar orang awam bagaimana menembak menggunakan senapang, menembak peluru berpandu dan membabitkan diri dalam pertempuran ketika latihan yang diadakan semalam sebagai mengingkari sekatan AS dan ancaman Presiden Donald Trump untuk mengambil tindakan tentera.

    Kapal terbang perang, kereta kebal dan 200,000 tentera Angkatan Bersenjata Bolivia (FANB) dihantar bersama 700,000 askar simpanan dan orang awam tatkala Presiden sosialis Nicolas Maduro melancarkan latihan tentera selama dua hari.

    Dalam sebuah akademi tentera Caracas, askar mengajar orang awam bagaimana menggunakan penumbuk mereka, senapang, bazooka dan senapang antipesawat udara serta menyelia mereka di balapan berhalang.

    “Yanki keluar!” jerit Erica Avendano, 60 tahun, ketika dia memukul dami patung dengan senapangnya dalam kursus serangan.

    Askar kerajaan Venezuela mengajar orang awam negara itu menembak menggunakan senapang. – AFP

    “Saya berharap tidak ada apa-apa yang akan berlaku, namun kami sudah bersedia untuk menghadapi apa-apa yang bakal berlaku,” beritahunya kepada AFP.

    Trump mengingatkan pada awal bulan ini bahawa Amerika Syarikat sedang memikirkan pelbagai opsyen terhadap Venezuela, “termasuk opsyen tentera jika perlu.”

    Pegawai kanan AS tidak menghebohkan ugutan tersebut. “Tidak ada tindakan tentera dijangkakan pada masa terdekat,” kata penasihat keselamatan negara AS HR McMaster.

    Namun kata-kata Trump mendorong dakwaan Maduro bahawa Washington sedang berkomplot untuk menggulingnya dan mahu merampas kawalan ke atas minyak Venezuela, simpanan terbesar di dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda